sambungan.....
Sebelum ni saya ade cerita mengenai masalah kulit kering masa 3rd trimester ni. Benda ni betul2 terjadi kat saya sekarang ni masa masuk je 3rd trimester. Sebelum2 ni takde pun. Sekarang dah hilang sikit. 2 minggu lepas tangan saya dua2 belah rasa gatal teramat sangat dan kering. Nak menahan dari garu memang tak boleh. Sangat2 gatal. Kadang2 malam pun boleh terjaga sebab rasa gatal. Jadi sambil tutup mata yang mengantuk tu sambil menggaru. Masa mula2 tu memang garu guna kuku, lepas tu saya garu guna baju. Sampai luka2 tangan. Memang buruk sangat tangan sebab ade kulit hitam. Bila dah garu tu kulit2 jari memang kering dan luka. Sampaikan nak genggam tangan ni pun tak boleh. Kalau genggam tengah2 jarikan ade garisan kan, boleh terkoyak kulit tu sebab genggam sebab lepas garu tu kulit tu akan jadi tegang. Jadi kalau paksa jugak genggam memang akan luka la.
Sebelum ni ade gi klinik tapi dia bagi ubat sapu untuk kurap. Tapi saya ni bukan kurap. Jadi pakai pun memang tak berkesan. Husband kata sebab kulit kering tu yang buat gatal tu. Jadi saya pakai losyen setiap masa. Saya pakai losyen Rseries designer sebab memang pakai pun sebelum ni. Wangi sangat. Husband pun suka bau. Tapi still tak hilang jugak. Jadi lama2 kegatalan tu dah sampai kat tangan. Sebelum ni kat jari jemari je. Sekarang dah mula ade biji2 macam gegata. Sudah. Ni tahap bahaya ni. Ade jugak google diorang kata memang normal masa mengandung. Tapi ade satu tahap boleh buat baby mati dalam perut kalau serius. Bila hari berikutnya kegatan tu rasa kat perut plak. Naik biji2 jugak jadi pagi tu pergi jugak klinik. Sampai klinik dalam kol 10 pagi tapi ramai orang jadi saya dan husband gi breakfast jap. Boleh plak masa tengah tunggu turn jumpa doktor tu saya pitam. Masuk bilik doktor terus baring atas katil. Husband yang dok cerita kat doktor pasal kegatalan kulit tu. Jadi doktor tanye dalam keluarga ade tak yang ade penyakit darah tinggi dan asma. Selalu penyakit keturunan macam asma ni memang akan alami benda ni. Doktor kata ni penyakit ekzema. Memang dalam family saya ade keturunan penyakit asma. Itu la salah satu punca kenapa saya kena penyakit ekzema ni. Doktor pun tanye jugak pakai sabun basuh pinggan ape. Sebab yang tu pun salah satu jugak kenapa kulit kering. Tapi memang sebelum ni husband dah tukar dah sabun basuh pinggan dan sabun mandi dan dia jugak belikan sarung tangan untuk basuh pinggan dan potong bawang. Paling syok bila dia pun tolong basuh pinggan jugak. hehehehe. Alhamdulillah dapat husband yang memahami.
Jadi melalui wikipedia
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ni boleh la gi SINI.
Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).
Doktor bagi saya 3 ubat. Satu ubat gatal, lotion dengan ubat makan. Alhamdulillah bila pakai je ubat doktor bagi tu tangan saya dah ok. Ubat makan tu je saya tak makan. Saya cuma sapu ubat gatal dengan lotion. Tapi kat perut saya tak sapu. Takut. Jadi memang sampai sekarang bahagian perut je la yang gatal. Tapi boleh tahan lagi. Kalau tak tahan memang garu jugak.huhuhu
Sumber: Google
Lebih kurang macam ni la tangan saya hari tu. Alhamdulillah dah ok.
In shaa Allah akan bertahan. Ni la pengalaman mengandung. Doktor kata lepas bersalin hilang la semua. Harap tak makin teruk la gatal kat perut ni.
Okie itu je
wasalam.
No comments:
Post a Comment