Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 21 March 2013

Peliks.....

Pelik..Macam mane orang yang dah kahwin boleh hidup berjauhan berbulan-bulan..Ally iskandar bagi tips bole??Suami saya tinggalkan baru seminggu dah tak keruan.Aiiisshhhh......."Do not give up, the beginning is always the hardest" betul gak kan?Lepas-lepas ni mesti dah biasa.Mula-mula jer.....Lagi pun dia pergi untuk kerje.cari duit untuk s3 mini jugak.hahaha.Okie....wahai hati bertahan.Chaiyok2......

Daripada
Pungguk rindukan bulan




Tuesday, 19 March 2013

Jauh dimata dekat dihati


Lagu ni untuk suamiku...kena tinggal untuk seminggu sorang-sorang kat sini gara-gara dia kena gi outstation kat bangi.eleehh kat bangi je pun.huhuhu.Tetap jauh tapi dekat dihati.Cewwahhh......

Ni lagu untuk abg....hehehe

Abang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Abang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Abang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Abang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Abang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Abang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu
[Ulang dari awal]
Abang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Abang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Abang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Abang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu



Monday, 11 March 2013

100 day anniversary

Alhamdulillah.10/3/2013....

Dah 100 hari usia perkahwinan kami..Beribu-ribu hari lagi yang harus dilalui bersama.

Thanks to my husband.Celebrate same-same untuk 100 hari perkahwinan kami.Dan kami pergi tgk wayang bersama untuk pertama kalinya sejak kenal.Sebelum kahwin pun tak pernah tengok wayang sama-sama.Bila dah kahwin peluang ni diambil siap duduk kat couple seat lagi.HeHe..Seharian pergi shopping dan dating kat taman klcc.Best sangat.Ni la nikmat bila dah jadi suami isteri.Rasa bahagia sangat.Semoga berkekalan sampai syurga.Amin......

Dan ni cerita yang kami tengok.Oz..Comel sangat cter ni.Suami saya pun comel..... =)



Next tunggu 200 day....HeHe

Friday, 8 March 2013

Resepi Mee Rebus Jawa

Salam,

Morning semua.Semalam saya dah bagi tahu tentang mee rebus.Hasilnya??Untuk kali pertama buat saya rasa ia agak waahhhh....sebab serius jadi.Cuma ada yang perlu ditingkatkan mengikut komen dari suami.Warna dah jadi.Rasa ok la cuma kena tambahkan lagi udang kering untuk naikkan bau dia lagi dan mee rebus jawa selalunya akanmanis sikit.Jadi kena lebihkan gula.Suami makan banyak sangat.Dia kata sedap.Pandai sayang masak.Next time akan lagi lagi sedap.Gambar takde la.Time nak tangkap tu la hp tak tahu letak kat mane.hhuhu.Sayang sungguh.Tapi warna kuah dia pekat lebih kurang macam bawah ni.

Kuah saya buat pekat sebab suami suka pekat.

Jadi saya nak share resepi mee rebus yang saya ikut semalam.Saya dapat kat internet jugak.Tapi dari 2 resepi saya pandai-pandai buat jadi satu resepi.Sebabnya satu resepi ni macam rempah kurang dan lagi satu ni dia guna daging.Jadi saya cantumkan mengikut kesesuaian saya sebabnya saya guna udang.

Ni la resepi budak baru belajar.

Bahan
Mee kuning sebungkus - celur
10 ekor udang - Rebus udang dengan garam, lepas dah rebus kopek kulit udang untuk dikisar nanti akan jadi hampas udang.Hampas udang ni tapis untuk ambik air dia.
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kuah:
1/2kg keledek merah - Rebus dan kisar halus
5 ulas bawang merah - Kisar
3 ulas bawang putih - Kisar
3 Batang serai - Kisar (semalam takde serai.Tu yang spoil sikit tu)-alasan.HeHe
Sedikit halia - Kisar
Sedikit Lengkuas - Kisar
Segenggam / 100gm udang kering - Kisar
air rebusan udang + air hampas udang
2 sudu besar cili kisar

Bahan hiasan/ tambahan:
300gm tauge - buangkan kakinya
2 tangkai daun bawang - hiris
5 biji cili besar merah - hiris
3 keping tauhu gorng - hiris nipis
telur rebus (bergantung nak berapa biji)
3 biji limau nipis - nak bagi masam-masam sikit
Sedikit bawang goreng.

Cara-cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk
Tumiskan bahan yang dikisar dengan cili kisar sehingga garing, pecah minyak, dan wangi.
Tambah air rebusan udang + air hampas kulit udang
Masukkan keledek dan kacau sehingga sebati
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masukkan udang.
Biarkan hingga kuah mendidih dan hidang......

Okie siap!!!!

Selamat mencuba

To my husband : Thanks untuk hadiah sebab ayang masak sedap.Lepas ni nak masak lagi-lagi sedap.Leh dapat hadiah lagi.HeHe

Thursday, 7 March 2013

Mee rebus jawa

Salam semua,

Lama tak update blog ni.Hari excited nak update sebab tengah excited nak buat mee rebus jawa.Kenapa tiba-tiba je ni?huhu...Semalam beli mee rebus kat pasar.Sedap sangat mee rebusnya.Jadi suami pun cakap "Sayang nanti belajar ea masak mee rebus ni"..Muka ni yang tak tahu masak cuma mampu mengangguk jer.Tapi tak tahu takkan selamanya taknak cubakan.Jadi hari ni suami gi outstation.Malam ni baru balek.Jadi ni la peluang saya untuk buat mee rebus ni.Dia balek jer...Tadaaaa.........Tapi tak tahu la jadi ke tak.
Google dari tadi cari resepi mee rebus.Siap mesej kawan tanya.Orang jarang masuk dapur memang lagu ni.Hari ni baru tahu yang mee rebus jawa ni guna keledek.Waahhhh......ade keledek rupenya.Siyes tak tahu.Dan kebanyakkannya guna daging.Saya tak berapa nak makan daging jadi saya tukar dengan udang.Boleh tak?Ada satu resepi ni dia guna udang.Jadi tengok la hasilnya nanti ea.Nanti saya update ape jadi tau.tau.tau...HeHe



To my beloved husband: Sentiasa berusaha untuk jadi isteri yang pandai masak.HeHe....Love u abg....

Thursday, 14 February 2013

Doorgift kahwin murah hanya RM1

Assalamualaikum,

Baru hari ni berkesempatan nak menulis.Sebelum ni sebok dengan persiapan majlis.Alhamdulillah walimah saya pada ahad lepas berjalan dengan lancar.Cuaca yang sangat redup menjadikan suasana dalam dewan tu tak panas.Tapi kali ni saya nak kongsi doorgift yang saya buat untuk para tetamu dewasa.Harga semua sekali untuk satu doorgift hanya RM1.Murahkan?

Apa yang ada dalam beg tu?Ni dia.....

Paper bag = RM2.20/10pcs bermakna 1 bag 0.22 sen.Yang saya beli kat sin yin semua house.Bag ni tinggi dan muat la untuk letak barang-barang yang saya nak letak.Lagi elok daripada beg besar isi dalam dia xde pape.Jadi lebih elok yang betul-betul boleh muat.

Bahulu = RM7.50/40biji ...Bermakna sebiji 0.18 sen.Tapi sekali dengan plastik saya anggar 0.20 sebiji.Plastik pun murah.3.60/300 helai.Bahulu ni kalau beli tempah sangat mahal.Jadi saya guna bahulu yang jual dalam tupperware.Size dia pun besar dan siyes bahulu dia sedap.Kalau sape-sape yang dok area gombak boleh cari bahulu ni kat nsk wangsa maju.

Asam = RM4.80/60pcs..Yang ni saya beli kat nsk jugak.Dalam 1 packet ade 3biji.Dia dah memang pack kan 3 biji dalam satu packet ade 60pack.Paham x?Susah la nak terangkan.huhuJadi untuk 3 biji asam tu harga dia 0.08sen

Limau = RM24/56biji..Harga satu biji lebih kurang 0.45sen.Kahwin pun masa tahun baru cina.Jadi saya bagi la buah limau.Tapi kena beli lebih sekotak sebab takut ada yang busuk.Alhamdulillah 7 biji je yang busuk.Tapi tak cukup jugak sebab dalam kotak tu ada yang tak sampai 56biji.Kalau korang nak bagi buah pun ok.Saya cadangkan bagi epal.


Paper bag = 0.22
Bahulu = 0.18
Asam = 0.08
Limau = 0.45

Total semua = 0.93sen untuk satu doorgift.Limau tu pun dah cukup memenuhkan dan memberat bag tu.Yang ni je la bajet saya untuk doorgift.Kalau seribu jemputan doorgift pun seribu jugak.Jagi berjimat sehabis mungkin.

Untuk kanak-kanak saya bagi aiskrim mangkuk 0.99sen.Yang ni yang paling dapat sambutan.Orang dewasa pun nak skali.cmno?Tapi ok la bila tengok semua best je dapat doorgift dari kami.Jadi setakat ni je yang saya boleh kongsi.Ada ape-ape nanti saya share lagi....

Wasalam

Terima kasih kepada yang datang walimah saya..
Kalau nak idea apa yang benda yang nak bagi untuk doorgift boleh tengok SINI dan SINI

To my beloved husband : Thanks sebab banyak tolong untuk walimah kite ni.Susah senang bersama..Bahagia sampai ke syurga.amin.....



Saturday, 2 February 2013

Checklist Majlis perkahwinan

Assalamualaikum,=)

Pinjam laptop husband jap.Lame tak update blog ni.Sibuk dengan persiapan walimah minggu depan je lagi.Ni nak share checklist walimah supaya takde yang tertinggal nanti.Lagi seminggu ade jugak benda yang tak setel lagi.Tapi akan berusaha untuk siapkan walaupun tak tido.Sedey tak??huhu.

Checklist penting:

1) Catering - Ni paling penting.Kalau tak,tak makan la para tetamu yang datang.Duit pun banyak habis kat sini.Jadi bagi pengantin baru yang lain terutama lelaki memang ke kumpul banyak duit kalau nak guna catering.Memang mahal tapi ia akan membantu masa majlis.Tak perlu guna banyak orang.Semua catering yang uruskan.Senang...Saya ambik catering Sri Angsana.Murah dan makanan dia pun ok.Sebelum ambik catering ni diorang dah sediakan hari untuk rasa makanan mengikut pakej yang kita pilih.Yang nak lagi murahnya bila kerusi maje canopi semua percuma. Boleh pergi kat website kat sini .

2) PA system - Kami sewa PA system jugak supaya suasana takde la sunyi sangat.Tapi kami ambik yang islamic sikit.Belum bincang lagi perjalan majlis dengan diorang macamane.Tengah tunggu jugak diorang response email saya..... Korang boleh tengok website kat sini .

3) RELA - RELA dah ditempah oleh paklong saya.Tapi tak setellagi sebab tak tahu harga berapa.RELA ni penting jugak.Diorang akan dipertangungjawabkan untuk jaga lalu lintas dan parking.Senang sikit pada para tetamu nak tahu parking kat mane yang boleh.Kami ambik 3 orang RELA.

4) Baju bersanding - Kami sewa kat semua house level U5 betul-betul depan sayang you.Kalau nak survey harga barang-barang pengantin mesti akan pergi kat sayang you ni.Depan tu ada butik pngantin. Diana Bridal.Kat butik ni harga dia bagi saya agak murah berbanding butik lain yang saya survey.Saya sewa baju je lelaki dan perempuan lengkap dengan aksesori.Harga Rm780 tapi ade security payment Rm300.Kalau korang hilangkan barang diorang Rm300 pun hilang jugak la.Jadi total Rm1080.Yang menariknya kat butik ni boleh bayar ansuran.Baju kat sini ada dua jenis yang berlainan.Ada yang Rm780 ada yang Rm1500.Jadi sesiapa yang rancang kahwin awal-awal dan nak sewa Rm1500 boleh bayar ansuran setiap bulan.Tapi kami 2 minggu nak walimah baru pergi cari baju.Nasib baik butik ni boleh terima untuk alter baju tu lagi walaupun dah suntuk.Minggu depan baru pergi sana lagi untuk cuba baju yang dah di alter dan pilih aksesori yang berkenan.Boleh pergi kat website kat sini .

Baju family - Baju family dah setel.Semua pakai baju biru turqoiuse.

Goodies - Goodies tengah proses.Nanti saya share barang apa yang saya bagi.Tapi termasuk beg hanya Rm1 je untuk setiap goodies.Murahkan.Next entry k?hehehe

Bunting - Bunting tak siap lagi.Dah ade gambar yang nak buat.Husband tolong design bunting ni.Tapi tak tahu bila siap.Ni pun dah tido dah dia walaupun janji nak buat.ish..ish....xpe.sian dia penat.hihi..Saya akan ambik size 2 x 5.Besar tak?Tak tahu la sebab tak pernah order bunting pun sebelum ni.Minta-minta jumpa kedai yang murah nanti.

Ok,itu je pun yang nak share.Nak sambung lipat kotak goodies.

Wassalam dan selamat malam. =)