Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 10 April 2013

Part 4 Kuching: Mee kolok dan sio bee

Assalamualaikum

Sambung lagi....

2nd day hari sabtu kami pergi ke satok.Pergi satok jalan-jalan nak cari kedai makan halal.Sini memang susah nak cari kedai makan yang halal.Boleh kira jari je kedai yang halal.Jalan-jalan kat satok jumpa satu kedai halal.Pagi-pagi lagi kami order mee kolok.Sampai je kuching mee kolok la antara makanan yang jadi pilihan kami untuk makan.Saya order mee kolok ayam dan husband order mee kolok daging.Mungkin tak kena dengan lidah saya, saya rasa mee kolok kat pavilion kl lagi sedap.Lain orang lain selera kan.Lagi satu saya order sio bee.Konon nak rasa makanan pelik.Sio bee ni memang 1st time jumpa.Dia sebenarnya adalah ayam yang dah dibuat macam fishball.Chickenball??HaHa...Tak kesah la.Tapi ermm tak berapa kena jugak dengan tekak saya.Cari-cari laksa sarawak jugak.Tapi susah nak jumpa sebab kedai makanan halal sikit.Last day baru tahu yang kedai makanan halal sebenarnya kat seberang sungai.Kat situ memang banyak sangat kedai halal.Next entry saya cerita ea.Excited dapat naik bot.HuHu.Tapi kalau pergi sarawak cuba la mee kolok dengan laksa sarawak.Sangat popular.Dan kalau jumpa yang sedap lagi best.Setakat ni yang sedap saya jumpa kat pavilion dengan mak mertua saya punye.Next time kalau dapat pergi memang akan cari mee kolok yang sedap.Husband kata ada satu kedai yang sedap kat satok tapi kami tak sempat nak pergi sebab hujan.InsyaALLAH next time.HiHi

Mee kolok ayam.Saya punya.
Mee kolok daging.Husband punya.
Mee dia macam maggi.Tapi lagi sedap.
Ni sio bee yang saya cakap tu.Chickenball??Hehehe

Itu jer pasal makanan.Next entry pasal kek lapis dan kuih chinchin dan juga tempat yang kami pergi.....

Sekian.....

Part 3 Kuching : Makan-makan di topspot

Assalamualaikum,

Sambungan pasal kuching,Kali ni pasal makan-makan.Kalau sape yang duduk atau pernah pergi kuching, topspot antara tempat makan yang popular kat bandar kuching.Penggemar seafood memang kena pergi sebab kat sini terdapat pelbagai jenis makanan laut dan harga dia agak ok.Mahal memang mahal tapi ada jugak makanan yang bila kita banding dengan semenanjung, harga dia agak murah tapi sangat puas hati.Sangat2.Seafood dia semua fresh.Tak rugi la.Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Tempat ni sesuai makan ramai-ramai.Ada banyak kedai dan majority adalah kedai chinese.Tapi jangan risau.Mereka ada tampal sijil halal sarawak.Tapi kena cek betul-betul, ada yang saya tengok baru expired sijil tu.Tempat yang saya pergi nama dia bukit mata.Sijil expired 2014.Tempat ni paling ramai orang.Ramai yang dah book awal-awal.Jadi kalau nak pergi, pergi dalam kol 5.Kol 6 confirm dah penuh.Bila makan kat sini jangan harap la nak makan pakai sudu.Kalau order ketam confirm pakai tangan jugak.Lokasi dia dekat dengan pullman hotel,bertentangan kompleks tun jugah dan berhampiran dengan hotel yang kami duduk. Hotel kami dah cerita kat SINI .1st day pergi kami order lobster dengan ketam.Lobster 1kg RM68.Ketam 1kg RM60.Kami order lobster seekor dapat harga RM40.Ketam pun seekor harga RM20.Cukup untuk kami berdua.Lobster dia sangat besar dan puas hati sangat.Sampai sekarang terasa lagi kenikmatan lobster tu.Fresh.Ketam kami order masak sambal.Lobster kami bakar jer campur dengan cheese.Tapi tak sedap bila campur cheese.Tapi memang puas hati.Nikmatnya makan lobster tu sampai tak hirau pun hujan lebat.Habes makan baru pikir aik camne nak balek hotel.Jadi kami ambik teksi.


Ni dia topspot.Masa ni awal lagi.Dalam kol 6 memang penuh.

Ketam sambal

Lobster.Atas tu cheese.Tak sedap cheese tu jadi saya buang makan isi dia je.Nyam2..sedap sangat2.

2nd day kami pergi lagi sebab sedap sangat.Kali ni kami order 2 ekor ketam dengan 2 ekor udang.Tak tahu nama udang dia.Tapi besar la.Harga dia lebih kurang dengan harga lobster.Kali ni ketam kami order sambal dan udang kami minta bakar kosong.Takde cheese dah.Sangat selera makan.Husband makan nasi 2 pinggan.Alhamdulillah rezeki dan kenikmatan yang ALLAH bagi..Memang sangat berbaloi walaupun beratus habes kat makan jer..Tapi berbaloi.Saya boleh bagi kepuasan 10/10..Kalau dapat lagi pergi kuching memang topspot tempat 1st skali saya nak pergi sebab saya ni giler seafood.

Udang bakar
Sambal ketam

Nyam2

Setakat tu jer.Lepas ni nak cerita pasal mee kolok dan sio bee.

Sekadar berkongsi.Mungkin boleh menjadi rujukan untuk sesiapa yang nak pergi kuching kalau nak pilih tempat makan..


Sekian....

Tuesday, 9 April 2013

Part 2 Kuching : Hotel dan Teksi

Assalamualaikum,

Pagi!!!

Hari ni sambung cerita pasal kuching.Pasal hotel pulak.Kami duduk kat Harbour view hotel.Dari KLIA ke harbour view hotel kalau naik teksi RM26.Korang kena beli tiket kat kaunter teksi.Teksi kat sini diorang tak guna meter.Kalau macam pergi area dekat-dekat pun still kena cas.Dari topspot ke harbour view yang sebenarnya amat la dekat akan kena RM10.Kami terpaksa naik sebab hujan.Kalau tak, jalan kaki je.Borak-borak dengan pakcik teksi dia kata kalau guna meter pun bukak pintu jer kena RM10.Kalau macam kat KL bukak pintu RM3 je kan.Kat sana mahal.Tapi jangan risau, teksi sangat senang nak dapat.Kat harbour view lokasi dia strategik.Dia diantara bandar dan waterfront.Service kat sane saya boleh bagi 5/10.Kenapa?Kalau sape yang pernah duduk situ tau la kenapa.HeHe.Tapi kalau book harbour view ni last minit boleh dapat harga promotion.Jadi kami dapat promo price..Boleh pergi kat website dia.Banyak hotel jugak kat area situ.Hilton, pullman ,marghareta.Yang tu semua dekat dengan river sarawak.Jadi boleh jalan-jalan kat river tu.Hotel kami jauh dengan padang merdeka.Sangat jauh.Suami pernah duduk sana jadi kami berjalan sampai ke satok.Next entry saya cerita pasal tempat yang kami pergi ea.

Ni dia harbour view.Bangunan warna warni tu tak silap nama dia medan pelita.Kat situ ade wayang.Depan HV ialah temple.Dan ade James brooke bistro jugak.

Sekian

Monday, 8 April 2013

Part 1 Kuching:Pengalaman menaiki MALINDO AIR

Assalamualaikum,

Badan masih penat lagi.Baru semalam balik dari kuching.So hari ni excited nak cerita pasal kuching.Sekadar untuk berkongsi dan sebagai satu coretan kenangan saya dan suami di kuching.

Kami pergi selama 3 hari 2 malam.Untuk part ni saya nak cerita mengenai pengalaman menaiki malindo air.Ni flight yang baru sahaja beroperasi.Jadi segala-galanya baru.Dan ini pun adalah yang terbaru buat saya sebab baru first time naik flight.kesiankan?huhuhu..

Husband ajak pergi kuching last week.Plan nak pergi dalam bulan 6 atau 7.Tapi bila tau je yang malindo air ade promotion terus tukar tarikh.Untuk promotion yang saya dapat.Untuk satu hala rm38 seorang.Murahkan?Jadi untuk seorang pergi dan balik dalam RM76.Yang tu dah termasuk cas untuk tax.Jadi 2 orang?Korang darab la 2.

Tiket
Flight kami pukul 11.25 pg.Kol 630pg kami dh gerak ke KLIA sebab kami naik train.Dari gombak ke KL sentral.Dari KL sentral ambik KLIA express.Harga tiket RM26 seorang.Terus sampai KLIA.Kol 9 kami dah sampai.Kaunter pun tak bukak lagi tau.Kaunter bukak dalam kol 930.Jadi gi jalan-jalan kat KLIA tu jap.

KLIA Express


Kol 930 gi check in.Bawah ni kaunter dia.Gi main building ea level 5.Pergi je kat kaunter dia.Row F.Tapi lupe dari no brape start tapi sampai F19 row untuk malindo.

Kaunter Malindo Air

Boarding time kol 10.55pg.Sebelum tu kami pun jalan-jalan la tanpa arah tujuan.HuHu
Dalam kol 10pg kami masuk.Pergi kat gate 4A.Tunggu dalam tu.Kol 11.15 lebih kurang baru kami dibenarkan masuk dalam flight.Teruja sungguh.Biasalah 1st time.kesian2.HuHu
Rupe bentuk dalam flight macam bawah ni.
Semua tempat duduk ada screen.Business class special sikit la.Screen tak macam ni.Lain sikit.

Diorang sediakan macam-macam untuk tengok.Korang boleh tengok cerita, tengok video klip, main game, dan tengok perjalanan kapal terbang tu dah gerak sampai mana.Ade peta yang menunjukkan kapal tu sedang bergerak.Korang jugak boleh sambungkan usb jugak.Tapi earphone kena bawak sendiri ea.Kalau nak beli ada jugak diorang jual.Harga RM5.
Yang ni flight baru nak gerak dari kuching.Nampak tak gambar kapal terbang tu? 


Ade 5 pilihan bahasa. English, malay, chinese, hindi dan japanese

Antara cerita yang ada dalam tu.Filem, drama asia, english, indonesia, tamil semua ada.

Memang tak bosan la kalau duduk dalam tu.Tapi saya?Tidoooooo.....HeHe.

Makanan?Dapat free sandwich dengan air mineral.Kalau flight lain ade yang kena bayar lebih dan kena beli.Ni free jer.HiHi

Sandwich dan air mineral
Ni dia Malindo Air


Pandangan dari dalam Malindo

Balek dari Kuching pun kami guna flight yang sama.Tapi.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....



Flight delay 2 jam...........Mencongok la kat airport tu 2 jam.Penerbangan kami yang sepatutnya pukul 1.50 telah bertukar ke pukul 4.Lama tu tunggu.Diorang kata sebab flight dari kuala lumpur lewat sampai.Tapi pihak malindo bagi kupon makan McD. Pilih la ape-ape je yang korang nak.Tapi diorang benarkan ambik set.Jadi saya ambik yang mahal.
Ni dia...

Jadi bagi saya perkhidmatan dia ok cuma masa je yang tak on time.Tapi mungkin sebab masih baru lagi kot banyak benda yang diorang kena uruskan.Takpela....Next time mungkin lebih baik.

Next entry nak cerita pasal hotel, makanan, tempat yang dikunjungi dan kek lapis.Tunggu...........

Untuk suami:Thanks sebab bawak jalan-jalan.Tak kesah pun pergi mana asalkan dapat sama-sama.Lepas ni gi mane ek??HeHeHe


Tuesday, 2 April 2013

The croods best!!

Assalamualaikum,

Seperti tajuk diatas..ye..The Croods best!!Saya dan husband tengok kt wangsa walk hari sabtu lepas.Kalau nak compare cerita ni dengan Oz The great and powerfull cerita ni bagi saya lagi best.Banyak lawak..Seronok dengar budak-budak gelak dala wayang tu.Cerita pasal satu keluarga yang hidup pada zaman batu dan macamane diorang hidup dalam gua dan satu hari diorang terpaksa tukar cara hidup diorang.Sangat menarik la walaupun banyak benda tak logik.Nama pun cerita kartunkan.kan.kan...HeHe.

Tapi tak rugi la tengok.Cerita dia pun ada pengajaran jugak.Contoh?Betapa sayangnya seorang ayah pada keluarga.Comel sangat bila 1 ahli kelurga tu, ayah dia peluk dalam dakapan masa nak tidur sebab nak pastikan mereka selamat.Kalau boleh saya nak tengok lagi sekali.Ye akan tengok lagi sekali hehe....


Next : Ironman 3




Thursday, 28 March 2013

Resepi Kari Ikan tanpa santan yang mudah

Assalamualaikum...

Semalam nak tulis pasal ni tapi  terlupa.Dulu semalam baru belajar buat kari ikan.1st time buat hasilnya....erm boleh makan tapi tak rasa kari rasa benda lain dan takde pun bau kari.Tapi boleh dimakan.Kira makan kuah lain la.Tak tahu kenapa jadi lagu tu.Husband bagi markah 3/10.. sikitkan..=( Tu cerita hari isnin.Cakap dengan husband, saya akan masak kari sampai betul betul jadi.Rabu malam masak lagi.Kari ikan lagi.Yang ni serius jadi.Husband tambah nasi tak tahu la berapa senduk.Boleh kata separuh periuk tu abes.Dia kata sedap sangat.Selera betul makan.Yang ni dapat 8/10 markah.Bukan setakat tu je.Oleh kerana dah sedap malam tu punya, lagi excited nak masak.Pagi tu masak lagi.Kali ni kari telur.Yang ni kurang sikit sebab telur rebus tak masak sangat.Habis hancur dalam periuk.Tapi jadi jugak sebab ada rasa kari.Kali ni masak tak tengok resepi dah.Dah melekat dah resepi kat kepala otak ni.Betul la quotes "practice make perfect".Lepas ni kena masak banyak-banyak kali.Baru tau mana kurang kat masakkan tu.Meh saya share resepi.Banyak kali buat sebenarnya senang je buat kari ni.Tak susah mana pun.hihi

Bahan-bahan

Bawang besar 2 ulas.(tapi kat rumah ada bawang kecik je jadi saya ambik 5 ulas) 4 ulas kisar 1 ulas hiris
Bawang putih 3 ulas. 2 ulas kisar 1 ulas hiris.
1 inci halia-kisar
3 sekawan rempah - bunga lawang,kayu manis, pelaga(oh baru tau rupe pelaga macamane.Huhu)
Daun kari
Kalau nak pedas letak la cili kisar dalam 2 sudu besar makan.
1 cawan asam jawa
Serbuk kari (selalu guna babas) 2-3 sudu besar makan.Tapi kalau suka pekat tambah lagi 1 sudu.Campur serbuk dengan air.
Masukkan bende(tapi suami saya tak suka bende jadi saya tak masukkan)
Ikan yang dah disiang.

Cara-cara
Masukkan minyak sedikit
Tumis bawang yang telah dihiris, rempah dan daun kari.Sampai kekuningan.
Lepas tu masukkan bahan kisar sampai naik bau.
Lepas tu masukkan kari yang dah dicampur dengan air tunggu sampai pecah minyak.
Lepas tu masukkan air asam jawa.Kacau sebati.Tunggu sampai mendidih.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan.
Tunggu agak-agak ikan tu masak.

Siap!!!

Simple je kan.Kalau yang baru mula-mula nak belajar macam saya, resepi ni pun dah ok.Tapi jangan bergantung pada resepi sangat.Kena ada skill jugak.Skill saya agak-agak je.Bila lama-lama kita sendiri akan tahu kurang dan lebihnya.

Selamat mencuba.

Wasalam



Thursday, 21 March 2013

Kucing comel

Kebosanan di ofis.Keje semua dah siap.Mengantuk pun datang.Untuk hilangkan semua tu saya nak share gambar kucing kakak saya.Serius comel.Kami panggil dia 'adik'.Kenape?sebab kawan saya panggil kucing-kucing dia dengan panggilan 'adik' , 'abang'..Jadi saya pun rasa comel plak panggil camtu.Dia ni sangat comel.Oleh kerana kat rumah tu dia paling kecik jadi dia memang takde geng nak main.Kadang-kadang dia ajak juga kucing yang lain main, tapi yang lain sume buat tak tahu.huhu.Alooo...cian dia..Ni antara gambar comel dia.....
Sila abaikan kotak tu ea
takut tak?Macam dia tengah gelak
                                    Kenyit mata sikit            Kenape?ada masalah?

Mata sape lagi bulat... nyit2

Ni kucing biasa jer.Kucing malaysia.Suami saya suka kucing.Kalau dia main-main dengan kucing, dia lagi comel dari kucing.rindunya kat "kucing comel saya".HeHeHe....

=)