Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 8 October 2014

Resepi bubur lambuk kg baru. In shaa ALLAH confirm jadi!!!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni buat lagi bubur lambuk. Baru 2 hari lepas buat. Kalau sape baca entry sebelum ni tau la ape jadi.huhuhu. 2 kali buat menjadi. Memang berkesan la resepi ni. Sama rasa dengan kat kg baru tu. Bau pun wangi jer. Kalau tengok orang yang pernah buat ikut resepi ni diorang pun kata menjadi. Kalau korang nak cuba buat pun boleh tapi kena betul2 ikut sukatan dia tau. Baru betul rasa rempahnye. Meh nak share.



Sumber: My resepi (boleh tengok komen2 yang pernah buat)

1 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa je sebab minyak sapi takde)
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan(x letak)
1 sudu kecil halba(x letak)
1 sudu kecil jintan kasar(x letak)
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis (halia jgn banyak sgt nnti pahit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk) - ni saya letak lebih. Dalam 2 sudu besar. Rasa bykkan tapi mmg saya n husband suke. Rasa pedas2 sikit.
2 cawan santan pekat (saya letak 1 kotak santan kecik tu je)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng(x letak)
daun sup dan daun bawang (letak daun sup. Sebelum ni letak daun ketumbar pun sedap jugak)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning

Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.

Kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.

Lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih

Dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.

Masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.

Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Ade je rempah yang x letak tapi still sedap. In shaa ALLAH nanti nak buat untuk mak pulak.

Terima kasih kepada empunye resepi. :-)

Itu je.

Wasalam

1 comment: