Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, 30 July 2013

Minta lelaki tolong jangan tanye...

Assalamualaikum,

Ni memang akan terjadi pada setiap wanita yang bunga merah.

Kalau ada lelaki tanya puasa ke ari ni?Mula la tersipu malu.

Nak jawab ke tak?Kalau menipu berdosa plak.Kalau jawab malu.Aiishh segan nye la...

Boleh tak taknak jawab?Diam tak perlu kata apa-apa.

?????????????????

Tapi lelaki memang kena tanya ke soalan tu??




Bunga....

Assalamualaikum,

Nak share gambar bunga.Baru nak belajar pegang camera.Main tangkap je.Tapi husband cakap cantik.Kebetulan..Jadi nak share kecantikan ciptaan ALLAH.Meh layan sat.....

Ni ambik kat awana kijal.Bunga hiasan yang diletakkan didalam air.


Tak tahu la nama bunga ni ape.Tapi cantik je bulat gitu...

Ni bunga betul ea.Nampak cam bunga plastik pun ade.


Itu je. 

Sekian.

Monday, 29 July 2013

Ada apa dengan jeti star cruise awana kijal

Assalamualaikum,

Selalu pergi kerteh dan stay kat awana kijal.Setiap kali lalu situ mesti akan rasa curiga apa yang ada dekat jeti cruise awana kijal.Jalan masuk pun dah nampak sunyi.Ada kapal cruise ke?Jadi rasa ingin tahu yang kuat saya pun google..Owhhh.....

Jadi dah tahu la ape yang ada kat situ.Tapi tak puas hati jugak nak jugak tahu apa yang ada.Jadi minggu lalu pergi ikut husband outstation..Alang-alang ajak husband pergi.Pergi tengok tak yah lepak-lepak pun takpe sebab saya nak tahu sangat apa yang ada kat situ.

Jadi pagi-pagi dalam kol 730 pagi husband ajak pergi.Meh nak share gambar.



Jalan nak ke jeti star cruise awana kijal..Sunyikan dan scary?Kami siap terserempak dengan sekumpulan babi.Masa tu dah suruh husband patah balek.Tapi babi tu dah masuk hutan tu balek jadi teruskan jugak.Yang ni masa kol 730 pagi..

Bila sampai je situ............

Bukan kami sorang je k.Banyak jugak rupenya.Dekat 10 biji kereta jugak la.

Dan ape yang ada kat situ?

Tadaaa...ada jeti jer.Hehehe.Kami tak pergi hujung jeti tu sebab seriusly ramai sangat orang memancing kat situ.Nampak sesak plak.Tapi pemandangan dia sangat cantik.Tengok matahari baru naik.

Jadi tempat ni sebenarnya sering dikunjungi oleh kaki-kaki mancing je.Kalau nak berkelah tu memang tak sesuai sebab kawasan dia hutan sangat.Camping mungkin boleh.Tapi kalau nak tau kat sini ada kubur.Tak banyak pun.Saya cuma nampak batu nisan lebih kurang dalam 5 batu nisan kat kawasan kubur tu.Kubur tu dekat dengan jalan masuk ke jeti ni.Jadi agak seram jugak la.

Puas.Semua tanda tanya dah terjawab.

Ada apa dengan jeti star cruise awana kijal...

Sekian


Wednesday, 24 July 2013

Jimat dengan beras faiza herba ponni.Sangat berbaloi.

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pasal beras.

Baru-baru ni cuba beras faiza herba ponni.Mula-mula tu macam nak ke sebab mak mertua kata beras tu agak tawar.Tapi husband nak try sebab dia kata kalau nak sihat kena la makan walaupun tawar.Nama pun herbakan.Jadi kami cuba beli yang 5kg dulu.

Kenapa saya kata jimat sebabnye untuk kami berdua setengah pot pun dh cukup.Bayangkan 1 pot beras kena letak 3 pot air.Kalau macam beras biasa selalu ukur jarikan.Yang ni nisbah kena 1:3..Dah nasi dia pun banyak.Hari tu buat 1 pot.Banyaknye nasi..Boleh simpan untuk sahur.Jadi memang sekarang buat setengah pot jer.Saya pun cakap kat husband lepas ni nak beli beras ni.Sangat jimat. Sebab tu la beras ni selalu diberikan dalam program bersamamu.Beras pun tak cepat habis.Rasa dia macam beras biasa jugak.Nasi dia tak melekat.Maksudnye kalau masak nasi biasa sesetengah orang suka hancurkan.Tapi beras ni nasi dia memang hancur.Cantik jer.Memang saya suka la beras ni.Nanti cuba ea pastu share dengan saya plak.Hehehehe.

Sumber : google

Sekian...

Friday, 19 July 2013

Ramadhan Giveaway by ZZ


Assalamualaikum


Jom join.Simple je.3 steps je.Hadiah lumayan.Boleh la buat untuk raya kalau menang.

Hadiah untuk pemenang:

Pemenang Pertama: Baju Muslimah (RM55-RM60)

Pemenang Kedua: Tudung Awning (RM45-RM50)

Pemenang Ketiga: Shawl atau Tudung Bawal (RM35-RM40)

Pemenang Keempat: Shawl atau Tudung Bawal (RM25-RM30)

Pemenang Kelima: Shawl atau Tudung Bawal (RM15-RM20)

5 pemenang saguhati: Topup bernilai RM10

PEMENANG DIPILIH SECARA RANDOM.ORG. 

Giveaway ini berlangsung dari 12 Julai 2013 sehingga 30 Julai 2013

Tag : Shakira


Thursday, 18 July 2013

Akibat tak bayar zakat

Assalamualaikum,

Salam jumaat.

Hari nak cerita pasal satu peristiwa yang diceritakan oleh tuan punya diri jugak yang mane dia juga seorang ustaz dan telah diceritakan oleh kakak saya malam semalam.

Ustaz tu cerita masa dia mula-mula kerja dulu dia tak pernah bayar zakat.Mungkin masa tu dia belum jadi ustaz kot.Dan mungkin ada juga antara kita yang baru je mula kerja tak tahu eh kena bayar zakat ke tak.Nanti saya share link ea.

Satu hari dia telah terlibat dalam satu kemalangan bila dia terlanggar sebuah kereta mewah.Dalam keadaan cemas turun dari kereta dia minta maaf.Dan tuan kereta tu minta ganti rugi.Masa tu ustaz tu memang betul-betul takde duit dan merayu pada pemilik kereta mewah tu.Jadi pemilik kereta mewah tu minta berapa yang ustaz tu ada.Dan ustaz tu pun kata yang dia hanya ada RM600 sahaja.Jadi melayang la RM600 ringgit.

Selepas dari kejadian tu dia pun berjumpa dengan seorang ustaz dan menceritakan kejadian tersebut.Soalan yang ditanye ialah "Kamu bayar zakat tak?".Dan ustaz tu pun cakap yang dia tak bayar zakat. Dan ustaz tu pun kata "Padan muka. Cuba kira zakat yang awak kena bayar setahun berapa?"Dan ustaz tu kira ianya RM600.

Allah tarik RM600 tu sekelip mata je....

Dan selepas tu dia pun bayar zakat.

Zakat yang dimaksudkan diatas ialah zakat pendapaan.
Ni link kalkulator untuk mengira berapa banyak yang anda kena bayar setahun.




Menurut istilah agama Islam, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta pada kadar yang tertentu untuk diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan beberapa syarat.
Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Hukumnya fardu ain bagi setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Allah berfirman, maksudnya,
Dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat hartamu.’ (an-Nisa, 77)
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka (menjadi) sedekah, (supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).’ (at-Taubah, 103)
Jika syahadah dikatakan ibadah hati dan lisan, sembahyang pula adalah ibadah tubuh badan, maka zakat adalah ibadah harta benda dan kewangan. Ibadah ini sangat-sangat dituntut hingga menjadi Rukun Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.,

 ‘Islam itu ditegakkan atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mengerjakan sembahyang lima waktu, membayar zakat, mengerjakan puasa dalam bulan Ramadan, dan haji.’ (Riwayat at-Tarmizi dan lain-lain)

Sekian
Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wallahu A'lam Allah lebih tahu

Biskut cornflakes madu

Assalamualaikum.

Hasil pertama dari oven hadiah dari suami.Biskut paling simple.Biskut conflakes madu.Senag je ea.Siap boleh hafal lagi resepi dia.Biskut ni buat sama-sama dengan En. suami.Dia yang excited nak buat.Jadi balek kerja je terus buat.Kiut je tengok lelaki wat benda-benda gini.

Meh nak share resepi.

Bahan-bahan

250gm butter (saya guna buttercup)
500gm cornflakes
1 sb asen vanilla
3 sb gula
10 sb madu
75gm kelapa parut kering (optional)
Manik warna warni (optional)

Suhu : 160'C 5 min..Masa ni elok duduk depan oven.Kalau agak-agak dah masak tu angkat je.Jangan jadi macam saya sampai hangus.Nak tau dah masak ke tak warna dia akan sedikit bertukar.Lepas angkat tunggu sejuk.Anda akan rasa yang cornflakes dah melekat antara satu sama lain.


Gula icing tu xde ea sebenarnye.Guna gula biasa jer.

1. Cairkan butter dalam kuali.Dah cair masukkan gula, esen vanilla dan madu.Gaulkan.Ramas cornlakes tapi jangan hancur sangat.

Lepas tu gaul butter yang telah dicampur dengan gula, madu dan esen vanilla bersama cornflake yang dah hancur.Gaulkan sekali kelapa parut.Dah rata boleh masukkan dalam papercup.
Dan sebagai hiasan letak manik warni warni.

Siap!!!

Dan hasilnya.....
Hahahaha..hangus..Ni yg 1st skali buat.

Dah siap susun dalam balang.

Ni la hasilnya.Sedap...Lepas ni nak buat lagi sebab dah nak habis.Favorite suami jadi memang tak sempat simpan la.

P/S:Best main masak-masak dengan suami.Lepas ni nak wat kuih lain pulak.InsyaALLAH akan cuba kek sarang semut plak.Hehehe


Wednesday, 17 July 2013

Segmen : Sebulan Berblog By Shakira


Assalamualaikum


Membalas giveaway.Nak join boleh klik banner.. Due date: 18 July 2013

Pelik.Kenapa selalu dapat email yang same dari orang berlainan....

Assalamualikum,

Just curious.Kenapa selalu dapat email ni tapi dari pengirim yang berlainan.Isi karangan dia same je macam copy paste.Tapi email ni masuk kat spam.Cerita dia pun saya tak tahu betul ke tak.

Salam hormat.

Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini. Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa. Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian. Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tannpa saya dapat mengejarnya Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak mempunyai pewaris.

Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah. Dana simpanan kami sebanyak  £2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.Semoga ALLAH  SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah.Amin.
Sekian,

Puan Siti Sarah Ahmad.
From: Malaysia.
Email: sitiahmad87@yahoo.com

Orang yang hantar lagi

Puan Abida Binti Abdul Razak.
From: Malaysia.
Email: rabidabinti@yahoo.com

Ade lagi.malas nak cari email ni.Tapi dah banyak kali dapat.

Pelik.............

Minta maaf la.Saya ni memang suka untuk tau benda yang buatkan saya curiga.Jadi suami pun selalu layan je sebab saya orang yang sentiasa ingin tahu.

Tuesday, 16 July 2013

Paham-paham la.....

Assalamualaikum,

Last weekend dapat ni.Excited husband nak beli...


Jadi isteri.Paham-paham la ea....

Ye..Selamat membuat kuih raya pada diri sendiri...

=)

Panggilan peperiksaan SPA

Assalamualaikum,

Dapat email ni semalam....


Jadi dalam dilema nak ke tak.

Sebab taknak pergi:

1. Tengah tunggu offer dari UIA.InshaALLAH akan dapat dalam masa terdekat.Tapi contract bukan permanent.
2. Gaji bagi saya ok dan environment pun ok.UIA kot.Islamic.Tu yang suka....
3. Kalau tolak offer ni akan di blacklist sebab dah tolakkan. Peperiksaan ni pun tak tentu dapat jugak.
4. UIA dekat dengan rumah.


Sebab nak pergi:

Kalau dapat banyak kelebihan.
1.
Gred : F41
Kod Skim : 1871
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji : P1T1 RM1899.01 - P1T25 RM4715.47

Elaun (setakat disember 2008) :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300
Sara Hidup (COLA) : RM 300 (KL,Penang,JB,Bandar2 besar kat selangor)
Perumahan : RM 250

Jumlah Elaun : RM 850

2. Kerja tetap

Jadi nak minta sape-sape untuk bagi pandangan.

Patut pergi or not?



Monday, 15 July 2013

Update peserta Simple Giveaway july - Dec





1. http://hasyaifaamadariqfi.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
2. http://cadburyhana94.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
3. http://coratcoretsibudaktembam.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
4. http://nursyafieqahstory.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
5. http://fattytissue.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
6. http://akubudakcutez.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
7. http://www.cikfie.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
8. http://merahsitulip.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
9. http://xanisnuradibahx.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
10. http://farraanuar.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
11. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec_2.html
12. http://jueazrin.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
13. http://fynazshamz.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
14. http://dramaticyang.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
15. http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
16. http://ikajohans.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
17. http://eiramahirah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
18. http://luvizzda93.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
19. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
20. http://mammacu.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giveaway-july-dec.html
21. http://budaxxperasangoergus.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
22. http://anginsbayu.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec-by-angguk2.html
23. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
24. http://ikalib.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
25. http://rainyshiningshinee.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
26. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
27. http://greenielife23.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
28. http://sweetariesstory.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
29. http://anis-tikah.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.htm
30. http://atikahazanan.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
31. http://masnayli.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
32. http://kisahsinenot22.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
33. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
34. http://storystorynadya.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
35. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
36. http://superpilotwoman-atiqah.blogspot.com/2013/07/simple-giveaway-july-dec.html
37. http://afiqah220511.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
38. http://superpapaya.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
40. http://wanieseuk.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
41. http://www.iuzira.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
42. http://colourfulofainilife.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
43. http://stayinheart.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
44. http://nuraizwahdahwan.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
45. http://jueliana-koreanworld.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
46. http://mrsnamstarreu.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
47. http://www.syuhadasalleh.my/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
48. http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
49. http://nurhazirahziera.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
50. http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
51. http://schomells.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
52. http://blogmizzaiza.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
53. http://farahliyanamohdsalleh93.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
54. http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
55. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/09/simple-giveaway-july-dec.html
56. http://thesilentfreezesoul.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-july-dec.html
57. http://mystyleisemo.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-july-dec.html
58. http://mydreamhigh123.blogspot.com/2013/10/giveaway-july-dec.html
59. http://watashiwaaliahdesu.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-july-dec.html
60. http://www.mizisempoi.com/2013/10/simple-giveaway-july-dec.html
61. Next

Terima kasih kepada peserta-peserta semua sebab sudi join.Pemenang akan diberitahu setiap akhir bulan.Yang tak join lagi boleh pi kat link ni. Simple giveaway July - Dec

Thursday, 11 July 2013

Airasia 5sen


Assalamualaikum....



Ape?5sen jer?Memang terbeliak mata.Lagipun kami berdua tak pernah naik airasia.Jadi bile dah tau 5sen tu terus terjah website airasia.Tempat yang nak gi husband pun dah tau dah.Kuching....Kenapa?Sebab topspot.huhuhu.InshaALLAH plan nak pi masa hari jadi husband april depan.Kali ni lama sikit dari sebelum ni.Nak berjalan sakan.

Malam semalam sama-sama wat booking online dengan husband.Memang 1st time book airasia.Hampir-hampir nak cancel sebab baru tau yang airasia ni banyak sangat dia cas.Nak pilih tempat duduk pun kena cas.Memang cara diorang macam tu kot untuk dapatkan untung.Akhirnya book jugak sebab husband tau saya memang nak pi sana sangat.Kena dekat RM200 jugak la return untuk kami berdua.Keluarga mertua pun de plan nak gi kuching tapi diorang ambik masa promo mas hari tu.Tak silap RM36 sehala.Tapi kira murah jugak la offer ni.Kalau hari lain mesti lagi-lagi mahal.Memang tak la kalau mahal sangat..Jadi sape-sape yang nak pi ade lagi 3 hari untuk book.

Sekian

P.S: Seronok dapat gi kuching.Tau la serba sikit tempat husband pernah membesar dulu.Harap-harap takde hal la masa ni.1 bulan sebelum dah nak minta cuti.Semoga dipermudahkan.Amin...


Wednesday, 10 July 2013

Cek mek molek

Assalamualaikum,

3rd time buat kuih ni baru la menjadi.1st time sebelum kahwin.Kuih ni favorite my husband..Sebelum kahwin dah belajar macamane nak buat kuih ni.Masa tu ingat lagi. Seriously tak jadi.Banyak sangat tepung.Liat sangat.Sape la sanggup makan.2nd time last week.Lembik sebab tak cukup tepung pulak.Pengalaman pertama terlebih tepung so time ni kurangkan tepung.Tapi kurang sangat la pulak.Seriously lembik.Nak makan pun macam tak lalu.Tapi husband habiskan jugak.Bini yang masak nak wat camne.Alololo.Sweet je dia ni.Tak sedap pun ngap jugak.Tq darling.Tapi bukan setakat situ.Sabtu lepas buat lagi.Jadi..Wah akhirnya........Menjadi jugak.Lepas tu memang husband minta suh buat lagi.Semalam buat lagi sekali dengan buat kuih keria.Cara dia lebih kurang jer.Tapi kuih keria plak tak jadi.Dah jadi cuma gula yang tak jadi.Nanti nak belajar lagi.

Meh nak share tips dan cara-cara buat kuih cek mek molek

Tak cukup bujur da....Huhuhu

Bahan-bahan.
Ubi keledek.Saya buat sebatang je.Tapi besar.Cukup la untuk kami berdua.
Tepung gandum.Lebih kurang setengah cawan.Agak-agak la.Jangan banyak sangat.Nanti liat plak.
Gula

Rebus ubi keledek sampai lembut.Lepas tu kupas kulit dia hancurkan dalam mangkuk.
Gaul dengan tepung.
Agak-agak la tepung tu.Jangan kurang sangat jangan lebih sangat.Kalau dia melekat kat tangan pun biar je.1st time buat ingatkan kena gaul sampai tak melekat kat tangan.Memang boleh tapi kena banyak tepung.Bile tepung banyak tak sedap pulak.Liat jadinya.Biar rasa keledek dari rasa tepung.
Jadi kalau melekat tu celup tangan dalam air.
Lepas tu adun la seperti bentuk bujur.
Gulung la yang dah siap adun tu dengan tepung.Kira salut dengan tepung.
Dah tu panaskan kuali.Bukak api pelahan jer.Nanti hangus.
ooppp..Masa buat bujur tu jangan lupe letak gula.Gula sikit je.Pastikan tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar.
Lepas tu masuk dalam kuali.Pastikan isi dalam tu masak.Biar api perlahan.
Dah rasa macam isi dalam masak kuatkan sikit api untuk garingkan bahagian luar.
Ok

SIAP!
Selamat mencuba.

kuih cornflakes madu paling bermakna..Hehehehe

Assalamualaikum,

Mengimbau kenangan bulan puasa tahun lepas.Dapat kuih raya special.hihihihi...sengih memanjang...........Ni dia...


Kuih conflake madu.Hasil air tangan suami.Tapi masa ni tak jadi suami lagi.Baru nak kenal-kenal.Pandai jugak budak ni buat kuih.Dapat la satu bekas.Sedap...Siap de love2 lagi..Hehehe.Tahun ni kalau berkesempatan saya buat.Dah plan nak beli oven tapi tak beli-beli lagi.Kalau tak kuih tunjuk je la jawabnye...huhuhu

Sekian


P.S: Tahun ni berpuasa sama-sama.Sambut raya sama-sama.Sampai sekarang ayat "Yang/abg kite dah kahwin la" sering keluar dari mulut seakan tak percaya kami dah suami isteri walaupun usia perkahwinan dah 7 bulan.Alhamdullillah.Dapat suami yang TERBAIK..Semoga kekal selamanya...Amin ya Rabb.

Nasi lemak R&R

Assalamulaikum,

Sape pernah makan nasi lemak kat R&R gambang??
Sedapkan?
Seriously sedap.Saya selalu ikut husband gi outstation jadi kadang-kdang singgah R&R gambang.Tapi baru-baru ni husband kenalkan nasi lemak ni.Perhhh..sedap sangat-sangat.Seriously sedap.Ni la nasi lemak paling sedap bagi saya.Sambal dia yang sedap.Try cari resepi dia takde la.:-(
Tapi google-google bukan saya sorang je yang suke.Rupenya ade jugak blogger yang lain dah buat entry pasal nasi lemak R&R ni.Nasi lemak ni kalau tengok info yang saya jumpa nama dia nasi lemak kukus anggerik kalau tak salah.Nasi lemak ni harga dia RM1.50.Memang agak mahal la.Kat gombak ni masih lagi boleh dapat RM1.Tapi oleh kerana suka sangat jadi tak kesah la pasal harga.Ngap jugak.Saya boleh habiskan 4 bungkus kalau nak.Memang sedap la.Husband offer KFC pun saya tetap pilih nasi lemak ni.Lama-lama kembang la saya makan nasi lemak ni.Semalam cuba cari kat area R&R nilai.Takde.Nasi lemak dia lain daripada yang ni.Jadi setakat ni memang sedap kat R&R gambang je.
Ni dia......Wah..Rasa lapar plak.Nak...............
Sumber: http://brit-photography.blogspot.com/2010/03/nasi-lemak-at-r-temerloh.html

Nasi lemak dia memang rupa macam ni.Ade sudu 1.Cari la kat kedai kat R&R gambang tu yang ade nasi ni.Sedap walaupun de telur rebus jer.Tapi memang nyummi....
Sumber: http://sarah-najwan.blogspot.com/2011/01/nasi-lemak.html

Sekian.

Monday, 8 July 2013

Cream Puff

Assalamualaikum,

Baru la ni dapat makan cream puff.Dah berbulan nak tapi tak dapat-dapat.Boleh je dapat tapi malas nak berjalan pi beli.Ade yang dekat tapi tak sedap.Nak jugak yang jauh tu.Tadi nak hanta barang kat bos singgah sat kat situ.Ahamdulillah ada rezeki untuk hari ni.Sarapan cream puff...Hehehehe

Ni dia.Ingatkan murah macam kuih biasa.Rupenya mahal.RM1 sebiji.Ambik 3 biji.

Sekian


P.S: Mengantuk je hari ni..Malam tadi tidor lambat.Pi kedai pekena tomyam campur.Sampai sakit kepala sebab ngantuk ni.Sila bertahan wahai mata...........

Monday, 1 July 2013

Simple Giveaway july - Dec

Assalamualaikum

My first giveaway. Saje-saje sebab malas nak update blog jadi kite berkenal-kenalan la ea.Simple je.Takde sponsor pun.Buat sendiri-sendiri.Jadi syarat dia pun sikit.

GA akan berlangsung dari hari ini 1st July dan tamat pada 31st  Disember.


Syarat-syarat

1. Buat Entry bertajuk Simple Giveaway July-Dec
2. Copy banner and paste ke entry serta backlink kan ke entry ini.
3. Follow Blog saya ni.
4. Like page ni.


Dah follow semua step, tinggalkan link entry di kotak komen di page giveaway ini sahaja supaya senang saya bace.
Jangan risau saya akan follow anda juga.
Itu Je.
Semoga Berjaya.

Hadiah:
Setiap bulan akan diberi hadiah. 
Topup RM5 x 2
Keychain sabah x 1


*pemenang dipilih berdasarkan random*peserta yang pernah menang akan dikecualikan untuk cabutan bulan berikutnya supaya peserta lain dapat peluang untuk menang hadiah jugak.

Senarai peserta