Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 28 May 2013

Kisah suami semasa saya ting tong

Salam,

Bagi semua wanita, benda ni pasti akan berlaku.Selalunya sekali pada setiap bulan.Period!!Bahasa sopannya datang bulan.. =).Masa ni otak kita akan ting tong.Semua la nak marah, nak cari pasal, nak nangis tiba-tiba.Memang ting tong la.Termasuk la saya.Selalunya benda-benda ni akan jadi seminggu sebelum datang bulan.Jadi masa tu saya dah tau yang saya kena kawal semua.

Jadi yang selalunya jadi mangsa ialah suami saya sebab bangun tido nampak muka saya, nak tido pun nampak muka saya.

Saya selalunya akan rasa sensitif.Takde pape tiba-tiba rasa nak nangis.Kalau nak marah tu jarang la lebih kepada sensitif.Suami cakap sikit je sensitif padahal sebelum-sebelum ni dia cakap benda yang sama jugak tapi saya siap bergurau lagi.Tak paham sungguh!!!

Tapi suami dah tahu dah perangai saya.Bila sampai je waktu, dia pun akan berjaga-jaga.Cakap pun kena susun ayat betul-betul walaupun takde benda pun.Dan waktu ni memang suami sangat-sangat memahami.Kalau ape-ape dia tahu, ok sebab budak sorang ni tengah ting tong.Jadi kadang-kadang memang dia tak layan pun ting tong saya ni.Makin dilayan takut jadi lagi teruk.

Tapi ape yang sangat-sangat berterima kasih pada dia dan nampak betapa sabarnya dia pada 2 hari lepas.Masa tu kami nak solat dan tiba-tiba alarm bunyi.Saya la yang set alarm tu.Tapi ia sangat-sangat wat saya sakit hati macam rasa nak baling je hp tu.Padahal hari-hari lain pun bunyi jugak tapi biasa la tengah ting tong.

Tabiat saya kalau nak marah saya tak marah tapi saya nangis sebab saya tak pandai nak marah.Jadi pergi kat suami cakap.
Saya:  "Abang ayang rasa nak marah sekarang".Sambil nangis dan dalam hati memang rasa nak marah sangat-sangat.
Suami: "Kenapa".Dengan suara lembut
Saya: "Sebab alarm tu"
Suami: "La yeke.Meh sini bawak hp tu".Sambil menuju ke suami.
Suami pun bukak alarm tu.Selalunya sesetengah hp alarm dia boleh set nak bunyi berapa lama.Tapi Hp saya murah memang takde setting tu.Kalau tak tutup memang dia akan berbunyi sampai bateri pun boleh habis.Tension kan..
Suami pun tak tahu nak buat macamane.Last-last dia pujuk jer.Lama-lama saya ok.

Dari kejadian ni saya sedar sesuatu.Bila saya tengah marah, suami cuba untuk tenangkan saya.Bukan cari pasal atau keluarkan kata-kata macam contoh "Campak je HP tu" tak pun "Lain kali tak payah set alarm tu".Kata-kata tu akan buat kita akan rasa lagi marah.Jadi pendekatan yang suami saya buat pada saya hari tu memang selalu ingatkan saya kalau salah seorang dari kami marah, tenangkan....bukan tambahkan lagi.Bukan cari pasal lagi.

Kite isteri kalau tenangkan hati suami elok-elok insyaALLAH lembut la dia...Isteri kot.bagi ayat bunga-bunga sikit.Hehehe.

Masa ting tong ni memang kena kawal marah dan jangan terlalu sensitif sangat.Kena awal-awal setkan kat kepala otak untuk lawan benda-benda tu.Banyak ingat ALLAH..Itu akan lebih membantu.
Dah abes dah kisah ting tong saya.

Itu je yang nak dikongsi.

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Wasalam

p/s:Terima kasih suamiku.



No comments:

Post a Comment