Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday 25 May 2013

kuey teow goreng

Salam,

Selamat Pagi!!!

Nak cerita pasal kuey teow goreng.Semalam berbuka husband minta buat kuey teow goreng.Tak pernah buat sebelum ni sebab tak berapa minat dengan kuey teow.Mula-mula tu pi JJ husband kata "xpe biar abg masakkan hari ni". Jadi kami pon beli la bahan-bahannya.Kuey teow ni kami letak kerang sebab husband suka lagi satu sebab saya ada darah rendah jadi kerang baik untuk saya jugak.Sampai-sampai rumah google resepi. Jadi resepi yang simple dari blog ni Akubukanmasterhef .Kebanyakkan resepi kena ada kicap pekat.Semalam cari kicap pekat tak jumpa.Dekat-dekat kol 630 baru start masak.Tapi tugas telah bertukar tangan kepada saya.Kenapa ek?Ermm bila dah jumpa katil memang terus la jadi malas.Jadi suami bergolek-golek dikatil saya pi la masak.Nanti kelaparan plak kami.Hasrat nak tengok suami masakkan kuey teow goreng telah dibawa angin lalu.Mungkin satu hari nanti akan merasa jugak air tangan suami.Uiikk bukan saya malas nak masak.Cuma memang betul-betul nak tengok suami masak.

Tapi ianya tak sia-sia.Wahhh dapat pujian yang tak terhingga.Bukan senang oo nak dapat pujian dari suami.Dia ni jujur orangnya.Tak suka menipu.Selalunya sebelum-sebelum ni mesti ada komen garam kurang sikit la, manis sangat la, tapi semalam memang perfect.Sampai dia kata ha dah boleh dah bukak kedai makan dah ni.Hehehe.Kuey teow sebungkus tu boleh kata dia yang banyak habiskan.Saya tak berapa minat kuey teow jadi makan sikit je la.Alhamdulillah.Atas pertolongan ALLAH jugak.Selalu sebelum masak memang berdoa bagi la masakkan ni sedap.Jadi semalam sangat hepi la sebab akhirnya ade jugak masakkan yang perfect.Semua cukup rasa.

Meh nak share gambar.Tapi tak berapa lawa la sebab takde pun deco ape-ape.Yang penting rasa.


Sikit ni kuey teow saya.

Itu je nak share pun. Resepi saya ikut 100 peratus dari blog ni Akubukanmasterchef .Tq ea tuan punya blog.

Bukan nak puji diri sendiri dengan kesedapan masakan ni tapi nak luahkan rasa hepi sebab dapat pujian dari orang tersayang.Sambil cium dahi dan cakap "pandai isteri abang masak". Isteri mana yang tak hepikan kan kan.hehehehe. 

TQ abg.Always love u....

No comments:

Post a Comment